fbpx

Siti Sarah dimasukkan ke ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB berkongsi berita mendukacitakan isterinya, Siti Sarah dimasukkan ke ICU berikutan tahap oksigen semakin tidak stabil disebabkan jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Unversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin tidak stabil akibat jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut diberitahu suaminya, Shuib menerusi satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

Menurut Shuib, isterinya dimasukkan ke ICU berikutan tahap oksigennya yang semakin tidak stabil.

“Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia yang tidak berapa baik,” kata Shuib dalam satu hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Shuib memohon keberkatan hari Jumaat untuk peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya.

“Saya mohon di hari baik, hari Jumaat doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua,” tulis Shuib.

Petang Rabu, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 37, terpaksa dikejarkan ke HUKM berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak maut tersebut. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus berbahaya tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI