fbpx
Kuzaini

Urus 19 jenazah Covid-19 sebelum meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Kuzaini Hamidon, 47, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, hari ini kerana kegagalan fungsi organ.

Allahyarham yang juga pegawai khas mengendalikan pengurusan jenazah Covid-19 berpusat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’, Cyberjaya 10, dimasukkan ke hospital selepas rebah di kediamannya di Puchong Perdana semalam dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, Allahyarham seorang pegawai yang berdedikasi dan komited dengan kerjanya sejak mula bertugas di MPSepang sejak tahun 2012.

Menurutnya, Allahyarham telah diberikan tugas khas untuk mengendalikan pengurusan jenazah Covid-19 berpusat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ membabitkan jenazah pesakit Covid-19 dari Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

“Sejak diberikan tugas khas itu, Allahyarham sempat menguruskan 19 jenazah bermula Sabtu lalu. Pemergian Kuzaini adalah satu kehilangan besar kepada MPSepang dan seluruh warga pihak berkuasa tempatan ini,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Azean Ahmad, 44, dan tiga anak. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN