fbpx

Restoran khas untuk semut bikin netizen garu kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran semut yang ‘dibina’ atas sekeping kadbod. - Tiktok

JAKARTA – Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com.

Menerusi akaun @antrestaurants, rakaman video memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu.

Antara makanan yang diletak pada kadbod itu adalah keju, madu, sirap, coklat Nutella dan agar-agar manis.

“Ternyata menu paling popular di restoran ini adalah keju kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’.

“Makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” tulis keterangan video.

Idea kreatif pemilik akaun itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pelbagai idea untuk pembukaan ‘cawangan’ baharu.

“Jangan lupa buka restoran untuk buaya ya. Nanti saya suruh bekas kekasih (buaya merujuk kaki perempuan) datang makan di situ,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN