fbpx

PPVIN Pusat Konvensyen Midlands ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja asing berhimpit tanpa pematuhan penjarakan fizikal di PPVIN Pusat Konvensyen Midlands.- FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7 di sini ditutup esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penutupan itu hasil keputusan pengurusan PPVIN berkenaan.

“PPVIN akan ditutup satu hari esok untuk selaraskan penugasan dan kehadiran pekerja-pekerja Industri bagi menerima suntikan vaksin,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan ratusan pekerja asing dilihat membanjiri PPVIN di Seksyen 7 di sini sepanjang satu kilometer seawal pukul 8.30 pagi bagi mendapatkan giliran untuk vaksinasi tanpa mematuhi penjarakan fizikal.

Kesesakan itu dipercayai berlaku apabila mereka hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib bagi menerima vaksinasi.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan wujudnya kluster PPVIN berikutan kegagalan mereka mematuhi prosedur operasi standard ( SOP ) yang ditetapkan. – K!ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI