fbpx

PM pulang ziarah penduduk Pagoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin beramah mesra ketika menyampaikan sumbangan kepada Asmah di kediamannya di Batu 23, Lenga, Pagoh, Johor hari ini.- Foto : NUR ALINA HASSAN

MUAR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pulang ke kawasan di Parlimen Pagoh bagi bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasan berkenaan.

Beliau yang tiba di lokasi pertama kira-kira pukul 3 petang itu berkesempatan mengagihkan sumbangan Bakul Prihatin Negara kepada tujuh penduduk terjejas selain golongan yang mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu, kehadiran beliau bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman disambut dengan iringan selawat oleh sebahagian penduduk sebelum memulakan sesi penyerahan bantuan kepada penerima.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkesempatan meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum bergerak ke Felda Batu 27, di sini.

Sementara itu, seorang pesakit kencing manis yang menderita bengkak kaki, Asmah Abu Bakar, 71, menghargai bantuan diterima berupa barang keperluan dapur serta tongkat.

Warga emas yang menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 20 tahun itu bersyukur kerana bantuan berkenaan dapat membantu kelangsungan hidupnya selain memudahkan dia untuk bergerak.

“Saya sekarang disara oleh seorang anak yang masih bujang, Zainal Jantan berusia 49 tahun. Sebelum ini, dia bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan lebih RM2,000 sebulan, namun sejak pandemik, dia hanya membantu di kebun milik orang lain dan memperoleh upah sekitar RM700.

“Alhamdulillah, hari ini saya terima bantuan bakul prihatin termasuk tongkat yang akan dapat membantu memudahkan pergerakan,” katanya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI