fbpx

Pak Kadok, Lebai Malang moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
K! ONLINE

MENINJAU ke media sosial seolah-olah kehidupan kini bagaikan sudah tiada kegembiraan.

Orang ramai bimbangkan kesihatan dan kehidupan mereka akibat pandemik Covid-19. Timbul pula kemelut politik, nampaknya negara ini betul-betul diambang kebinasaan.

Apakah kita tidak belajar daripada sejarah? Apakah mata hati kita telah buta? Tidak teringatkah akan sindiran kisah Pak Kadok yang mempunyai sifat lurus bendul?

Atau tidak pernah terbaca kisah Lebai Malang? Apakan daya, dalam merebut kuasa manusia mudah terlupa bidalan orang tua-tua, kalau secupak takkan jadi segantang, yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.

Kisah-kisah ini telah dirakamkan oleh R.O Winstedt dan dicetak kali pertama pada 1908.

Jika dilihat peribahasa Melayu, sikap tamak, haloba, gelojoh, lahap dan serakah ini banyak menggunakan personafikasi binatang seperti anjing, beruk, buaya dan satu lagi haiwan yang agak tabu dalam kalangan masyarakat Islam.

Seperti mana peribahasa ini, umpama anjing makan muntahnya bermaksud orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

Betapa keras sindiran orang tua-tua perihal sikap tamak.

Kerana tamak ini adalah penyebab untuk seseorang melakukan kerja-kerja hina bagi memperolehi apa dihajati.

Politik ini adalah permainan persepsi, politikus-politikus menyusun strategi menggunakan apa kaedah sekalipun untuk menang.

Penulis mungkin salah seorang daripada orang ramai yang kecewa dengan senario terkini negara.

Lebih-lebih lagi dengan kes Covid-19 yang menunggu masa sahaja untuk mencecah angka 20,000 sehari, ditambah kematian melebihi 200 kes sehari.

Sebagai perbandingan jumlah kematian akibat pandemik itu pada Jun adalah sebanyak 2,374 kes (79 sehari), manakala pada Julai sebanyak 3,854 (124 sehari).

Ingatlah bahawa pesakit yang meninggal dunia dan menghampiri angka 10,000 ini adalah terdiri daripada ibu, bapa, anak, keluarga dan saudara kepada seseorang.

Kisah-kisah sedih mereka ini telah bertebaran secara meluas di media sosial, sehingga mengundang rasa simpati dan kesayuan.

Gagal atau tidak kita mengurus krisis, kematian itu bukan sekadar angka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN