fbpx

Nelayan warga emas hilang di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan perairan Tanjung Hantu dekat Lumut di mana seorang nelayan warga emas dilaporkan hilang.

LUMUT – Seorang nelayan dilaporkan hilang kira-kira1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu, di perairan Tanjung Hantu, Segari dekat sini petang tadi.

Mangsa, Amat Beramsah, 80, adalah penduduk tempatan yang dipercayai dari Pulau Pangkor.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada Maritime Rescue Sub – Centre (MRSC) Langkawi.

“Menurut beliau, bot ronda Petir 80 segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) pada pukul 2.20 petang.

“Bot mangsa ditemui oleh nelayan tempatan tanpa pengemudi kira-kira pukul 11 pagi tadi di sekitar kawasan aduan sebelum melaporkan kepada MRSC,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Shahrizal, Maritim Malaysia akan menyalurkan maklumat dari masa ke semasa di dalam usaha carilamat tersebut selain penglibatan aset-aset agensi lain.

Jelasnya, operasi carilamat itu bagaimana pun ditangguhkan malam ini dan akan bersambung pagi esok. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI