fbpx
Zizan ditemui selepas program sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, hari ini.

[VIDEO] “Kalau saya tahu pun, saya akan tutup aib dia,” – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pelawak yang yang juga pelakon popular , Zizan Razak tidak akan mendedahkan identiti seorang ‘rakan’nya yang kini disiasat berhubung kes pemerdagangan manusia bagi menutup aib individu tersebut.

Akui bintang filem Polis Evo itu, sejak beberapa hari lalu dia dihujani pertanyaan berkenaan identiti sebenar pelawak yang disiasat termasuk mesej secara terus (direct message) menerusi laman media sosial, Instagram.

“Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu.

Berita berkaitan: Pelawak ditahan kes pemerdagangan orang

“Saya pun terkejut dengan apa yang dilaporkan dan malam tadi baru saya semak mesej serta ‘google’ berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya kepada saya,” kata Zizan ketika ditemui pemberita selepas program sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, hari ini.

Berita berkaitan: Bila masa saya jadi ‘bapa ayam’, itu bukan saya – Tauke

Mengulas lanjut, pelawak berusia 37 itu berkata, sekalipun mengetahui identiti sebenar pelawak yang terlibat, dia tetap memilih untuk ‘menutup mulut’ bagi menjaga aib rakan yang pernah sama-sama mencari rezeki dalam dunia komedi tanah air.

“Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup aib. Jadi, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah berkenaan.

“Saya harapkan yang baik-baiklah untuk rakan-rakan pelawak ini,” katanya. -K! ONLINE

Berita berkaitan: Saya tidak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar – Shahrol Shiro 

POPULAR