fbpx

Gangguan bekalan air dijangka berlarutan seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burhanuddin Helmi memberi taklimat kerja-kerja pembaikan paip utama yang pecah di dasar Sungai Terengganu kepada Mamad di pejabat Satu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 28,700 isi rumah di daerah ini dan Kuala Nerus yang terjejas dengan gangguan bekalan air sejak Isnin lalu perlu bersabar menunggu sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum masalah tersebut pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja membaiki paip utama yang pecah di dasar Sungai Terengganu berkenaan.

“Kenderaan dalam air (ROV) diperlukan bagi mengesan kerosakan paip utama yang terletak pada kedalaman 10 meter dari dasar sungai tersebut.

“Saya dimaklumkan kerja-kerja pembaikan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk disiapkan. Itu pun sekiranya tiada kerosakan lain dikesan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Syarikat Air Terengganu (Satu) di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI