fbpx

Duda ditemui mati dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LANGKAWI – Seorang duda ditemui sudah tidak bernyawa di rumahnya di Kampung Temonyong di sini hari ini.

Mangsa, Harisman Ismail, 45, ditemui bapa saudaranya dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen kira-kira pukul 1.20 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, anggotanya bersama kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) bergegas ke rumah tersebut sebaik menerima maklumat berhubung kejadian.

Katanya, petugas yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membuat pemeriksaan ke atas mayat mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai mati sejak dua hari lalu berdasarkan keadaan mayat mula membengkak selain keterangan saksi yang kali terakhir menemui mangsa pada Selasa lalu,” katanya di sini hari ini.

Petugas mengusung mayat Harisman yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Temonyong hari ini.

Beliau berkata, bapa saudara mangsa memaklumkan lelaki terbabit tidak datang ke rumahnya sejak dua hari lalu.

“Dia bertindak pergi ke rumah mangsa sebelum melihat ke dalam rumah menerusi celah pintu yang berkunci dan ternampak lelaki itu dalam keadaan tertiarap,” ujarnya. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI