fbpx

Chin Hin muktamadkan pengambilalihan CHGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Chin Hin Group Berhad (Chin Hin) telah memuktamadkan pengambil­alihan 50.8 peratus kepen­tingan dalam Chin Hin Group Property Berhad. (CHGP) sebagai anak syarikat Kumpulan.

Ini merupakan pemilikan ketiga syarikat senaraian awam di dalam konglomerat itu selepas Solarvest Holdings Berhad dan Signature Internatio­nal Berhad.

Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin, Chiau Haw Choon berkata, pemilikan CHGP akan membolehkannya mengembang dan meluaskan portfolio Kumpulan dalam sektor hartanah.

“Usaha ini juga akan membolehkan misi Kumpulan tercapai menjadi sebuah konglo­merat yang berkembang maju berbanding tertumpu kepada beberapa cabang perniagaan sahaja,” katanya dalam kenya­taan.

Beliau menjelaskan, buat masa ini, CHGP sedang melaksanakan beberapa cadangan pemilikan untuk menambah bank tanahnya agar dapat dimajukan dengan nilai pemba­ngunan kasar sebanyak RM4 bilion.

Syarikat juga bakal mengambil alih syarikat berpotensi dalam bidang pembinaan serta yang berkaitan dengan pembangunan hartanah untuk meningkatkan keuntungan Kumpulan.

Antaranya ialah cadangan membeli 65 peratus ekuiti dalam Kayangan Kemas Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI