fbpx

SIM Leisure labur RM100 juta bina Escape Cameron highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permainan ski adalah antara cadangan permainan yang dibangunkan.

PETALING JAYA – SIM Leisure Group (SIM Leisure) bakal membangunkan taman tema ESCAPE ketiga dan terbesar di Malaysia, bertempat di Cameron Highlands, Pahang melibatkan pelaburan me­lebihi RM100 juta dalam tempoh 10 tahun.

ESCAPE Cameron Highlands yang meliputi kawasan lembah seluas 24 hektar dengan ketinggian 220 meter akan menjadi taman pengembaraan berasaskan alam semula jadi dan menawarkan pelbagai tarikan termasuk aktiviti ski yang pertama seum­pamanya di rantau ini.

Pembangunan akan dilakukan secara berperingkat yang mana fasa pertama dijangka mengambil masa antara 15 hingga 18 bulan untuk siap dengan pelaburan permulaan bernilai RM15 juta.

Taman tema tersebut dijangka mampu menarik 200,000 pe­ngunjung dalam tempoh setahun pertama pembukaan sebelum melepasi paras sejuta pengunjung selepas lima tahun.

Pengasas Sim Leisure, Sim Choo Keng berkata, tidak seperti taman tema lain, ESCAPE menggunakan strategi pengembangan dalam pelbagai fasa untuk terus memberi kelainan buat pengunjung dengan memperkenalkan tarikan baharu setiap tahun.

“Oleh itu, projek ini akan terus berubah menjadi sesuatu yang lebih besar dan lebih baik, sambil mengekalkan rasa dan etos jenama ESCAPE yang telah dikenali ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sim Leisure sebelum ini telah membangunkan taman tema ESCAPE di Pulau Pinang dan Peta­ling Jaya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada majlis pelancaran ESCAPE Cameron Highlands yang diadakan secara maya kelmarin berkata, taman tema baharu itu akan memberi nafas segar buat industri pelancongan domestik.

“Masa depan pelancongan global bersandarkan kepada keseronokan keluarga serta ke­sejahteraan.

“Kami meramalkan pertumbuhan permintaan yang baik untuk pelancongan berasaskan alam semula jadi di seluruh ­dunia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI