fbpx

Kucing comel jadi hiasan pinggan juadah tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesekali, kucing tersebut dilihat memusingkan badannya di atas pinggan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan juadah nasi kucing yang dihidangkan menggunakan seekor kucing sebenar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Nasi kucing merupakan sejenis makanan yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia yang mengandungi nasi putih beserta beberapa lauk seperti sambal, tempe, ikan bilis goreng dan perut lembu serta dibalut menggunakan daun pisang.

Juadah tersebut digelar nasi kucing disebabkan kuantitinya yang amat sedikit seperti makanan kucing.

Namun begitu, dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, seorang penjual dirakam sedang menyediakan hidangan berupa seekor kucing hidup dan sedang tidur diletakkan di atas pinggan berisi nasi kucing itu.

Sesekali, haiwan tersebut dilihat memusingkan badannya di atas pinggan.

Pinggan itu turut berisi nasi, mi goreng dan tumisan sayur selain dihias dengan beberapa hirisan tomato dan dua keping biskut.

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @IB Surya Widiamika itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyuarakan rasa terhibur mereka melihat aksi kucing tersebut.

“Hai, kucing! Kamu tidur atau pengsan? Bau mi goreng pun masih tidak terjaga,” komen seorang pengguna.

“Inilah dia nasi kucing yang saya cari,” kata seorang lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN