fbpx

Ini tanggungjawab saya sebagai ahli UMNO – Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sah meletakkan jawatan selaku Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuat kuasa esok.

Mohamed Khaled membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, tindakan itu dibuat sebagai mengambil tanggungjawab selaku ahli parti yang akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Boustead Holdings Berhad yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatan saya selaku Pengerusi kepada syarikat sejak Mei 2020.

“Saya yakin dan percaya syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama iaitu tabung persaraan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” jelasnya dalam kenyataan itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI