fbpx

Kerajaan Perak berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan negeri Perak berlangsung seperti biasa hari ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan dihadiri barisan Exco daripada UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mesyuarat pada pukul 10 pagi itu dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dengan memberikan tumpuan kepada agenda kelangsungan dalam menangani isu Covid-19 dan kebajikan rakyat.

Difahamkan, suasana mesyuarat berlangsung secara harmoni meskipun berlaku kemelut politik susulan penarikan sokongan UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan negeri Perak dibentuk oleh 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO, Bersatu (4), Pas (3) dan Bebas (3).

Pada Disember tahun lalu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri mengumumkan pelantikan 10 ADUN masing-masing lima daripada UMNO, Bersatu, tiga dan Pas, dua bagi menganggotai Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI