fbpx

Keputusan UMNO beri kesan landskap politik negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nga Kor Ming (kanan) melancarkan Pusat Vaksinasi Bergerak di Pusat Komuniti DAP Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dan Ahli Parlimen Ipoh Timur di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri akan memberi kesan kepada landskap politik di beberapa buah negeri.

Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming bagaimanapun enggan mengulas lanjut implikasi penarikan sokongan kepada negeri terlibat sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Berdasarkan pengumuman UMNO semalam, memang keputusan itu akan memberi kesan kepada Perak, Kedah, Johor, Melaka dan Sabah.

“Bagaimanapun, sekarang bukan masa yang sesuai untuk beri komen. Pada waktu ini, kita mahu fokus untuk bantu rakyat dalam tangani wabak Covid. Isu politik lain, saya enggan ulas lanjut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Vaksinasi Bergerak di Pusat Komuniti DAP Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dan Ahli Parlimen Ipoh Timur di sini hari ini.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian DAP Perak sekiranya Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berikutan keputusan UMNO di peringkat pusat, semalam.

Dalam pada itu, ditanya sama ada DAP akan membentuk kerjasama dengan UMNO, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, pihaknya menyerahkan kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) peringkat Pusat untuk membincangkan hala tuju politik mereka.

“Pada waktu ini, saya serahkan kepada Majlis Presiden PH untuk berikan ulasan selanjutnya,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI