fbpx

JDT II benam Perak FC II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Johor Darul Ta'zim II, Kei Hirose (kiri) mengawal bola dari pemain Perak Fc II, Syafiq Izzudin Mustafa (kanan) dalam perlawanan Liga Premier 2021 antara Perak FC II dengan Johor Darul Ta'zim II di Stadium Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Dua jaringan pada babak kedua membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi Perak FC II 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, anak buah Rafael Francisco Sanchez mengukuhkan kedudukannya dalam carta liga, manakala anak buah Syamsul. Saad trrus kekal di dasar liga .

Dalam perlawanan tadi, Perak seperti dijangka lemas dalam asakan pelawat selama 25 minit.

Dalam tempoh itu, JDT menguasai permainan sepenuhnya hingga memaksa Perak bertahan.

JDT II menghidu peluang pertama seawal minit ketujuh, tetapi rembatan kencang Fernando Rodriguez pada jarak 20 meter hanya menggegar palang gol.

Pemain itu sekali lagi dinafikan jaringan apabila sepakan percuma singgah di palang.

Perak II cuba memberi saingan melalui serangan balas Ghislain Guessan tetapi tiada sokongan menyebabkan gerakannya mudah dipatahkan benteng JDT II.

Pelawat meneruskan ancaman pada babak kedua dan seminit saingan berlangsung Daryl Sham K K George menyaksikan percubaannya terkena tiang.

Fernando akhirnya berjaya menyudahkan gerakan pelawat tetapi jaringannya pada minit ke-66 dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, penantian JDT menjaringkan gol berakhir apabila sepakan lencung Irfan Zainal dari sepakan percuma terus menerjah ke dalam gawang pada minit ke-70.

Perak cuba bangkit tetapi segala usaha mereka menemui jalan buntu. Sebaliknya, Daryl Sham menebus kehampaannya apabila menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke 89 untuk melenyapkan cabaran tuan rumah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI