fbpx

Bom lama Perang Dunia Kedua ditemui di Felda Triang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebutir bom lama peninggalan perang dunia kedua ditemukan di kawasan ladang sawit belakang rumah peneroka Felda Triang 1 di Bera.

BERA – Sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan ladang kelapa sawit belakang sebuah rumah peneroka di Felda Triang 1 di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, bom jenis UXO Arial itu ditemukan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan ladang sawit belakang rumahnya kira-kira pukul 3.30 petang.

“Bom jenis UXO Arial seberat 226 kilogram sepanjang 0.9 meter itu dijumpai separuh terkeluar dan dipercayai daripada bom lama kesan daripada Perang Dunia Kedua.

“Hasil penilaian mendapati bom jenis ini adalah berisiko untuk dialihkan dan hanya boleh dimusnahkan di tempat dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mansor berdasarkan perancangan bom berkenaan dicadang untuk dimusnahkan esok selepas penduduk berhampiran dipindahkan ke kawasan selamat dan rumah paling hampir dengan bom berkenaan hanya dengan jarak 100 meter.

Katanya, penduduk berhampiran akan dipindahkan ke dalam bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian semasa operasi memusnahkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI