fbpx

Anak sukar lupakan kata-kata akhir ibu mahu berjuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Shariffah Ainon (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama suami, Mohd. Shuhaimi (kiri), Puteri Naziatul (depan di kanan), menantu serta cucu-cucunya.

SUNGAI PETANI – Seorang anak tidak dapat melupakan kata-kata akhir ibunya yang mahu terus kuat melawan Covid-19, namun insan tersayang itu tetap pergi buat selama-lamanya kelmarin.

Menurut Puteri Naziatul, 27, dia bersama bapa, Mohd. Shuhaimi Shafie, 50, serta sembilan beradik lain sempat menatap wajah ibu, Shariffah Ainon Syed Ariffin, 50, menerusi panggilan video pada 26 Julai lalu.

Katanya, ia merupakan ‘pertemuan’ akhir dengan ibunya sebelum arwah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira pukul 10.30 pagi selepas menerima rawatan selama kira-kira dua minggu.

“Kata-kata akhir dalam panggilan video itu iaitu ‘bonda buat untuk anak-anak, bonda kuat untuk anak-anak’ masih terngiang-ngiang sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Allahyarham Shariffah Ai­non yang berasal dari Tikam Batu di sini meninggalkan 10 anak berusia antara empat hingga 27 tahun.

Menurutnya, semasa panggilan video itu dibuat, arwah tidak memberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan ‘ditidurkan’ ke­rana mungkin tidak mahu anak-anaknya berasa risau.

“Kami hanya tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh ibu saudara.

“Ketika itu kami sedikit lega kerana ibu beritahu dia kuat, namun takdir Allah mengatasi segalanya dan ibu telah pergi buat selamanya,” ujarnya.

Katanya, mereka sekeluarga mendapat jangkitan Covid-19 menerusi dua adik lelakinya yang berusia 20 dan 23 tahun yang bekerja di sektor perkilangan di Sungai Petani.

“Pada mulanya dua adik lelaki saya itu mengalami demam, namun mereka sangka ia sekadar demam biasa.

“Semua ahli keluarga lain kemudian turut demam dan me­ngalami gejala Covid-19. Ibu serta seorang adik perempuan berusia 22 tahun pergi ke hospital untuk melakukan ujian saringan dan mereka disahkan positif,” jelas­nya.

Selain mereka sekeluarga, datuk serta nenek sebelah ibu mereka yang tinggal di Kota Kuala Muda dekat sini juga dijangkiti virus tersebut.

“Datuk juga baru sahaja me­ninggal dunia pada 25 Julai lalu akibat Covid-19.

“Ketika itu kami sedang menjalani kuarantin di rumah dan tidak mampu berbuat apa-apa,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI