fbpx

Siasat pencemaran parit Paya Mahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan parit di Paya Mahang dekat Nibong Tebal didakwa berbau, kotor dan berkelodak.

SEBERANG PERAI – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkaitan menyiasat dan menyelesaikan segera masalah pencemaran air dari Parit D3 – Paya Mahang di daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Presidennya, R. Meenakshi berkata, pencemaran air parit terbabit yang kotor, berbau, berkelodak dan seakan-akan berminyak dapat dilihat dengan jelas dari jalan utama di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya telah membangkitkan isu itu kepada pihak-pihak berkenaan, namun tiada tindakan berkesan diambil sehingga kini.

“Apa yang dapat dilihat ketika ini juga ialah kualiti air semakin buruk dan saliran air dari parit yang tercemar itu menuju ke lembangan Sungai Jawi seterusnya ke muara Sungai Jawi dan akhirnya ke laut.

“Maklum balas yang diterima kita daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ialah antara punca parit menjadi hitam dan kotor adalah disebabkan berlakunya aktiviti penternakan khinzir di persekitaran Parit D3 (Paya Mahang).

“Malah dilaporkan air dari ladang ternakan berkenaan mengalir secara terus ke dalam parit berdekatan dan seterusnya masuk ke dalam parit yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI