fbpx

Pelabur minat projek hab STS milik Straits

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik menunjukkan hab pemindahan tenaga dari kapal ke kapal di Teluk Victoria.

PETALING JAYA – Cadangan Straits Inter Logistics Bhd. (Straits) untuk membangunkan hab pemindahan tenaga kapal ke kapal (STS) luar pesisir bersepadu oleh Victoria STS (Labuan) Sdn. Bhd. (Victoria STS) telah membuka mata banyak pelabur asing dari dalam dan luar negara untuk terlibat dalam projek mega tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, pihaknya bakal berbincang dengan beberapa entiti sebagai persediaan untuk projek berkenan tidak lama lagi.

“Syarikat lain di dalam Kumpulan Straits juga akan memperoleh manfaat daripada kejayaan perniagaan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Victoria STS adalah anak syarikat dengan kepentingan 70 peratus kepada Fajar Maritime dan Logistics Sdn. Bhd. yang mana 60 peratus kepentingan dipegang oleh Straits.

Menurut Kam Choy, Victoria STS telah menerima kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia pada 30 Julai lalu untuk memulakan operasi membangunkan hab pemindahan tenaga bersepadu itu.

Sehubungan itu, Kumpulan telah menggerakkan sumber dan infrastrukturnya sebagai persediaan untuk memulakan projek yang terletak di Teluk Victoria, Labuan itu menjelang suku ke empat tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN