fbpx
PASANGAN pelayar negara menamatkan saingan pada perlumbaan ke-10 di tempat ke-11 sekali gus menutup saingan pada temasya Olimpik kali ini di kedudukan ke-19 keseluruhan.

Nuraisyah-Juni huni tutup saingan di tempat ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASANGAN pelayar negara, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali berjaya menamatkan perlumbaan ke-10 acara International 470 wanita pada tempat ke-11 daripada 21 peserta di Zushi sebentar tadi.

Ia merupakan peningkatan prestasi yang cukup baik ditampilkan Nuraisyah dan Juni selepas sebelum itu menamatkan perlumbaan kesembilan pada tempat ke-17.

Situasi itu membantu Nuraisyah dan Juni menutup kempen Olimpik pada tempat ke-19 keseluruhan dengan menolak pasangan Argentina, Maria Belen Tavella dan Lourdes Hartkopf jatuh ke kedudukan ke-20.

Bagaimanapun, Nuraisyah dan Juni tidak layak ke perlumbaan penentuan pingat pada penampilan pertama mereka di pentas Olimpik kali ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI