fbpx

Kepulangan disambut sebagai juara di hati rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN AHMAD FAYHSAL (dua dari kiri) menyambut ketibaan sebahagian kontinjen negara termasuk Dhabitah dan Yan Yee yang tiba di tanah air di KLIA, Sepang sebentar tadi. - KBS

PETALING JAYA – Empat atlet negara menerima sambutan kepulangan ke tanah air sebagai juara di hati rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Antara atlet yang tiba di KLIA ialah penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee, skuad pelayaran, Khairulnizam Mohd. Afendy dan Nur Shazrin Mohd. Latif sambil diiringi dua jurulatih.

Ketibaan sebahagian kontinjen Malaysia di KLIA itu disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Suhardi Alias.

Wan Ahmad Fayhsal memberitahu, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh atlet negara dan beliau amat yakin kejayaan akan dapat dicapai pada kejohanan pada masa akan datang iaitu pada Olimpik Paris 2024.

Beliau turut optimis atlet negara seperti Dhabitah masih mempunyai ruang yang luas dalam mencapai kejayaan pada kejohanan peringkat antarabangsa khususnya temasya SukanOlimpik Paris 2024.

Terdahulu, kumpulan atlet dan jurulatih Malaysia itu menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 sejak 23 Julai lalu dan tiba dengan penerbangan MH9118 pada pukul 5.45 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI