fbpx

Guru rugi RM30,000 jadi mangsa scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru dari Cameron Hihglands hilang wang simpanan sebanyak RM30,000 sekelip mata selepas menjadi mangsa penipuan sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 27 tahun menerima panggilan daripada nombor tidak kenali kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Pemanggil memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN Alor Setar, Kedah dan memberitahu sebuah syarikat didaftarkan atas nama mangsa telah gagal membayar tunggakan cukai lebih setahun berjumlah RM17,600.76 namun mangsa menafikan perkara itu.

“Panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat polis Kontijen (IPK) Kedah dan mangsa diberitahu namanya mempunyai rekod dalam kegiatan penggubalan wang haram dengan menjual akaun bank kepada kumpulan penyeludupan dadah dan kumpulan terbabit sudah ditangkap di negara jiran,”katanya di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian disambungkan pula kepada bahagian siasatan Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram (AMLA) dan bercakap dengan seorang lelaki yang memintanya memindahkan wang dalam akaun simpananya ke satu akaun yang diberikan bagi tujuan pemeriksaan akaun bank mangsa.

Jelasnya, kira-kira pukul 4.30 petang hari yang sama mangsa telah membuat pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM30,000 ke akaun berkenaan namun selepas sejam mangsa tidak menerima panggilan daripada suspek malah mangsa gagal menghubungi suspek.

“Mangsa menyedari ditipu pihak terbabit tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI