fbpx

Empat individu peluk Islam dalam tempoh tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayyan Hit melafazkan syahadah buat kali pertama dengan dibantu prosesnya oleh Md Fakarudin (kanan) di Pejabat MAAZTS Nilai, di sini, malam semalam. - IHSAN MAAZTS

SEREMBAN – Walaupun aktiviti masjid dihadkan susulan perintah kawalan pergerakan (PKP), Masjid Al-Azim, Taman Semarak (MAAZTS) Nilai, di sini telah berjaya menarik individu ke empat bukan Islam untuk melafazkan syahadah dalam tempoh tiga bulan.

Imam 1, Dr Mohd Kamel Mat Salleh berkata, individu keempat ini merupakan seorang warganegara Nepal iaitu lelaki bersia 30 tahun yang mana proses syahadahnya dilakukan oleh Pengerusi Masjid, Md Fakarudin Ab Rahman di pejabat masjid malam semalam.

Menurutnya, saudara baharu berkenaan sebelum ini tiada agama iaitu Atheist dan setelah mencari serta yakin dengan ketenangan yang terdapat dalam Islam, Allah SWT telah membuka pintu hidayah untuk lelaki berkenaan memeluk agama Islam.

“Kita berharap semoga saudara baru kita Rayyan Jit Abdullah terus istiqamah dan menjadi muslim yang diredhai Allah.

“Malah, tiga individu terdahulu yang memeluk Islam sebelum ini yang kesemuanya warganegara Malaysia dua perempuan dan seorang lelaki berusia lingkungan 20an ke 30an juga diharap akan terus istiqamah dalam menjadi muslim yang diredhai Allah,” katanya, di sini, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI