fbpx

Dendam lama punca peniaga Pakistan diserang rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang peniaga warga Pakistan cedera di bahagian kaki dan tangan akibat dipukul rakan senegara di hadapan sebuah restoran di Jalan Cempaka Ampang, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa yang berumur 48 tahun telah didatangi tiga lelaki dan salah seorangnya dikenali mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, salah seorang suspek yang bersenjatakan besi terus menarik topi keledar yang dipakai mangsa namun tidak berjaya.

“Kemudian suspek memukul mangsa di bahagian kepala bagaimanapun pukulan terkena pada topi keledar menyebabkan mangsa terjatuh daripada motorsikal.

“Suspek terus menendang mangsa dan turut mengugut akan kembali lagi untuk berbuat sesuatu kepada mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri, tangan kanan dan juga kiri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, susulan kejadian itu, seorang suspek yang berusia 24 tahun diberkas di kawasan Jalan Cempaka Ampang kira-kira pukul 3.40 petang keesokannya.

“Dua lagi rakan suspek masih dikesan dan hasil siasatan mendapati pergaduhan antara mangsa dan suspek sudah berlarutan lama yang berpunca daripada pergaduhan mulut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI