fbpx
Wanita tersebut bersama tiga orang anaknya ketika ditemui di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Wanita tertekan diceraikan suami ketika pantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami tekanan dan kemurungan teruk selepas diceraikan bekas suami dalam tempoh berpantang di Flat Taman Semarak 2, Nilai di sini.

Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun itu hampir bertindak membunuh diri, namun berjaya diselamatkan jiran pada Jumaat lalu.

Lebih menyedihkan, ibu tiga orang anak berusia empat tahun, dua tahun dan 17 hari itu diceraikan bekas suami pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak bongsu mereka.

“Saya tidak sangka jadi seperti ini (diceraikan), mungkin sudah nasib Sekarang saya hanya fikir tentang anak-anak.

“Sebenarnya terlalu banyak perkara yang saya pendam dan emosi tidak stabil dalam tempoh berpantang menyebabkan saya bertindak di luar kawalan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Semarak 2, di sini hari ini.

Menurutnya, pada pertengahan bulan lalu, dia sekeluarga disahkan positif Covid-19 sehingga terpaksa melahirkan anak bongsu secara pembedahan pada 14 Julai lalu.

“Bekas suami yang merupakan seorang mualaf dan anak-anak juga disahkan positif Covid-19 dan kami diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah yang menjadi antara punca pergaduhan sebelum bercerai.

“Selain itu, pendapatan bekas suami sebagai operator kilang turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia hanya memperoleh separuh gaji sejak dua bulan lalu,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.

Menurut wanita itu, kemuncak pergaduhan yang berlaku dia tidak menyangka diceraikan hanya kerana tegurannya kepada suami yang membiarkan buku janji temu klinik anaknya koyak.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 156226362529. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929