fbpx
MICHAEL ANG masih menunggu surat saman sebagaimana yang diperkatakan Lana Nodin.

Tunggu surat saman, baru saya komen – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penerbit, Michael Ang memaklumkan belum dapat memberikan sebarang komen berhubung tuntutan saman suami Lana Nodin, seperti yang diuar-uarkan pelakon itu, semalam.

Micheal yang juga seorang mualaf berusia 45 tahun itu berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang notis tuntutan daripada peguam aktres itu mahu pun suaminya, David Mackienzie.

“Saya tiada apa-apa komen. Katanya nak saman kan? Saya masih menunggu surat saman itu. Apabila dah dapat, baru saya boleh komen. Jadi tunggu sajalah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Perbalahan tercetus apabila Michael menegur ibu kepada dua cahaya mata itu sebagai bimbo apabila lantang mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Lana menerusi perkongsian Instagram menempelak pengarah itu yang dikatakan telah masuk campur atas kenyataannya sehingga terpaksa berdepan serangan hebat daripada netizen.

Susulan itu, suami Lana dikatakan sudah mengarahkan peguam mereka menghantar surat tuntutan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

Mackienzie dalam perkongsiannya mengakui kesal dengan tindakan pengarah drama Perempun Tanpa Dosa itu yang melabel isterinya sebagai bimbo selain mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) petugas barisan hadapan. – K! ONLINE