fbpx
Antara hasil tenunan Daley yanh dimuatnaik di Instagram miliknya.

Daley ternyata mahir mengait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ketika menyaksikan siaran langsung pusingan akhir terjun papan anjal 3 meter membabitkan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri di Olimpik Tokyo semalam ternyata bintang terjun lelaki dari Great Britain, Tom Daley menjadi tumpuan.

Dia dilihat tekun mengait ketika berada di tempat duduk penonton bersama rakan-rakan sepasukan dan pegawai, sambil sesekali matanya melihat ke arah kolam renang.

Daley yang juga merupakan juara acara terjun 10 meter platform seirama lelaki Olimpik 2020 ini menjadikan mengait sebagai hobi.

Dia turut mempunyai satu akaun Instagram khas untuk ‘karya-karya’ kaitannya dengan nama madewithlovebytomdaley

Antara hasil tangan Daley yang mendapat sorotan orang ramai termasuk sarung pingat bermotif bendera British dan Jepun, yang dikaitnya untuk menyimpan pingat emas yang dimenangi Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, Daley juga pernah mengait sehelai cardigan untuk sahabat baiknya, yang merupakan atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong.

Daley turut memuatnaik hasil tangannya itu di laman Instagram, bersama Jun Hoong Mei lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR