fbpx

UPSI bantu pelajar lanjut pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan kepada Mohamad Nazmi.

PETALING JAYA – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohamad Nazmi Mohd. Najid terharu apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan derma siswa kepadanya menerusi Pusat Wakaf Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS).

Dermasiswa berjumlah RM23,574 itu disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di rumah keluarganya di Kampung Parit Samak, Batu Pahat, Johor.

Menurut Noraini, beliau berbangga dengan inisiatif dilaksanakan oleh UPSI tersebut untuk menzahirkan impian Mohamad Nazmi melanjutkan pengajian.

“Saya berharap Mohamad Nazmi akan belajar dengan tekun dan rajin demi membela nasib keluarga dan kecemerlangan masa depannya,” katanya baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah; Pengarah Unit Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Shahril .

Mohamad Nazmi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2020 berdepan dengan masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian di UPSI berikutan bapanya menghadapi masalah kesihatan.

Mohamad Nazmi akan melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Fakulti Pembangunan Manusia pada 9 Ogos depan.

Sementara itu, Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Mohd. Abdul Nasir Abd. Latif berkata, pusat berkenaan sentiasa mengenal pasti pelajar UPSI yang tidak bernasib baik atau calon yang berjaya memasuki universiti tetapi menghadapi masalah kewangan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI