fbpx

Kes varian Delta disyaki berlaku di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saringan Covid-19 yang diadakan di Parlimen, Khamis lalu.

PETALING JAYA – Sebanyak empat kes Covid-19 yang dilaporkan di Parlimen pada 29 Julai lalu disyaki akibat varian Delta atau Kappa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat sampel yang diambil daripada individu dijangkiti virus tersebut telah diserahkan kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

“IMR menerima empat sampel bagi menjalani genome sequencing di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.

“Empat sampel tersebut adalah daripada kes positif di Parlimen yang dikesan pada 29 Julai lalu, yang mana ujian pengesanan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) menunjukkan hasil positif dengan nilai CT rendah,” ciapnya di Twitter hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI