fbpx

Juni, Nuraisyah perbaiki strategi ‘lawan’ angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNI dan Aisyah masih memiliki peluang untuk meloloskan diri ke saingan final apabila mempunyai peluang dalam dua perlumbaan hari ini. - TWITTER MSN

 

PELAYAR negara, Juni Karimah Noor Jamali masih belum berputus asa dan akan cuba memberikan prestasi terbaik pada perlumbaan ketujuh dan kelapan bagi acara International 470 wanita di Enoshima Yacht Harbour, Jepun yang akan bermula sebentar lagi.

Juni dan pasangannya, Nuraisyah Jamil tetap mempunyai peluang untuk untuk cuba melayakkan diri ke penentuan pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 meskipun berada pada kedudukan ke-20 selepas enam perlumbaan setakat ini.

Bagaimanapun, Juni yang merupakan atlet termuda dalam kontinjen negara, bertekad akan tetap memberikan peranan terbaiknya sebagai Crew kepada Nuraisyah yang bertanggungjawab di posisi Helm.

“Ini adalah Olimpik pertama saya dan pasangan (Nuraisyah). Kami layak ke Olimpik pada tahun 2019 dan ketika itu saya baru berumur 17 tahun.

“Apa yang kami pelajari setakat enam perlumbaan ini adalah kami perlu perbaiki strategi apabila sudah berada di kelompok depan dan lebih berjaga-jaga dengan perubahan angin.

“Pihak lawan banyak memotong kami ketika downwind. Jadi, kami akan memperbaiki perancangan dan strategi esok (hari ini) untuk memperbaiki kedudukan dalam baki empat perlumbaan lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Juni Karimah dan Nuraisyah adalah wakil terakhir skuad pelayaran negara yang masih meneruskan saingan selepas cabaran Khairulnizam Mohd. Affendy dan Nur Shazrin Mohamad di Tokyo sudahpun berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI