fbpx

Hishammuddin ketua delegasi Malaysia ke AMM 54 secara maya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) ke-54 secara persidangan video mulai esok hingga 7 Ogos depan.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, Menteri Luar Negeri ASEAN akan membincangkan kemajuan Pembangunan Komuniti ASEAN, Keutamaan dan Hasil Utama ASEAN termasuk strategi bersama pemulihan sosioekonomi Covid-19.

Katanya, turut dibincangkan ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Keselamatan Politik ASEAN 2025, isu-isu serantau serta persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang dijadualkan pada Oktober depan.

“Secara keseluruhannya, Hishammuddin dijadual menyertai 18 mesyuarat sepanjang enam hari AMM ke-54 ini antaranya Mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-23 dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-29.

“Beliau juga akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Sempena Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-11 dan Forum Serantau ASEAN ke-28, ” jelasnya.

Kesemua mesyuarat tersebut akan dihoskan oleh Brunei Darussalam, selaku Pengerusi ASEAN 2021. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI