fbpx

Dua transporter terbantut seludup 4 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang diberkas dalam serbuan di sekitar Jalan Parit 1/53 Pantai Telok Kerang, Pontian, Johor semalam. Foto IHSAN PDRM

PONTIAN – Hajat dua lelaki yang bertindak sebagai transporter membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini tidak kesampaian apabila mereka diberkas dalam serbuan di sekitar Jalan Parit 1/53 Pantai Telok Kerang, di sini semalam.

Serbuan pada pukul 10 malam itu, dua lelaki yang ditahan masing-masing berusia 43 dan 44 tahun manakala PATI yang dicekup pula terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 46 tahun.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 5, PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang, kejayaan itu hasil risikan dan intipan pihaknya bersama Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Hasil siasatan awal ke atas kesemua suspek mengaku telah memasuki negara ini melalui jalan tidak diwartakan iaitu di Pantai Telok Kerang.

“Kesemua warga negara asing yang baru sahaja mendarat sebelum dibawa ke destinasi masing-masing menggunakan khidmat transporter tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Jelas Dimin, turut dirampas wang tunai berjumlah RM924, tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua kenderaan yang digunakan sindiket tersebut dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM52,524.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI