fbpx

DBKL ‘gempur’ peniaga warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan sita dan penutupan premis telah dilakukan terhadap beberapa peniaga warga asing semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga warga asing atas pelbagai kesalahan di sekitar Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, operasi telah dijalankan dengan kekuatan 17 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan dan kakitangan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

“Sebanyak lima tindakan telah diambil di kawasan Kampung Baru membabitkan kawasan di Jalan Hamzah, Jalan Raja Muda Musa dan Pesiaran Sg. Baru manakala di Jalan Datuk Keramat, satu tindakan diambil.

“Kita juga telah mengeluarkan empat notis kesalahan kerana menggaji warga asing (3) dan menjalankan perniagaan tanpa lesen(1),” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut mengenakan lima tindakan sita dan menutup premis di bawah Akta 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan satu sitaan di bawah Undang-Undang Kecil 3(1).

“Sisatan dan semakan mendapati, warga asing ini menyewa daripada warga tempatan dengan kadar sewa antara RM500 hingga RM1,000 sebulan dan ia bergantung kepada keluasan tapak.

“Tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, orang ramai diminta bekerjasama untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti ini secara dalam talian di adukl dbkl.gov.my,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI