fbpx

Tulisan di bag rider undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar rider tersebut yang tular di laman sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan menulis perkataan ‘Al-Fatihah Umi dan Abah’ di beg penghantarannya mengundang sebak netizen.

Foto penghantar makanan berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia turut tular dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak di samping turut mendoakan penghantar makanan itu dipermudahkan segala urusannya dan sentiasa tabah.

“Al-Fatihah. Salam takziah, semoga Allah beri kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki buat adik ini,” kata Adawiah.

“Kosong hidup tanpa ibu dan ayah. Al Fatihah,” luah Muhd Faris.

“Jika nampak rider di jalanan doakan mereka selamat sampai ke rumah. Mungkin anak dan isteri sedang setia menanti. Mereka berhujan berpanas mencari rezeki, apa salahnya kita tadahkan tangan mendoakan mereka,” kata Hisham. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI