fbpx

TPM doakan peserta perhimpunan tidak dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta sedang berarak ketika protes #LAWAN dengan berpakaian hitam di Jalan Tun Perak di sini, semalam. Foto: MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan peserta perhimpunan berpakaian hitam di ibu negara pagi tadi tidak dijangkiti Covid-19.

Menurut beliau, perbuatan mereka adalah berbahaya kerana Covid-19 kini berada di mana-mana dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti.

“Saya bimbangkan keselamatan peserta perhimpunan tersebut kerana terdedah kepada bahaya jangkitan Covid-19.

“Mungkin ada yang dijangkiti dan bawa pulang ke rumah Covid-19 lalu merebak hasil daripada perhimpunan tersebut.

“Saya namun mendoakan mereka semua selamat dan tidak dijangkiti Covid-19,” katanya selepas meninjau operasi pemberian vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil serta Axiata Arena Bukit Jalil dekat sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan 50 individu mengadakan protes di kawasan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di ibu negara kira-kira pukul 10 pagi ini.

Mereka menyertai himpunan ‘Keluar dan #Lawan yang mendesak agar Perdana Menteri dan seluruh kabinetnya meletak jawatan.

Terdahulu, Ismail Sabri menerangkan, tidak perlu untuk mana-mana pihak mengadakan protes jalanan dengan alasan untuk menyampaikan suara rakyat.

Kata beliau, kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat walau dalam apa jua bentuk platform termasuk media sosial.

Jelasnya, beliau sendiri menerima banyak cadangan daripada rakyat melalui pesanan Whatsapp.

“Kita dengar suara rakyat dari mana-mana. Whatsapp pun kita dengar. Saya setiap hari dapat cadangan daripada rakyat melalui pesanan Whatsapp.

“Setiap pandangan kita beri perhatian. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kita bentang di Parlimen untuk dapat pandangan tambah baik. Tidak perlu sampai ke jalanan,” katanya.

Tambah beliau, tindakan kumpulan terbabit merupakan satu kesalahan dibawah Akta 342 untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

Menurut beliau, sebarang bentuk perhimpunan tidak dibenarkan pada waktu pandemik Covid-19 ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI