fbpx

Projek Integrasi tambah pendapatan pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (kiri) bersama Ahmad (kanan) bergambar selepas membawa mesin jentera tuai padi, di sini, hari ini. - Foto : MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PASIR SALAK – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperkenalkan projek rintis integrasi tanaman padi dan ternakan udang galah dalam menambah pendapatan pesawah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, program berkenaan akan dilaksanakan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dengan kerjasama syarikat Thirty
Three Management Sdn. Bhd.

Menurut Ronald, projek yang turut dirancang akan diusahakan di kawasan IADA Pekan dan Rompin Pahang ini dijangka memberi pulangan melebihi RM10,000 bagi hasil jualan padi dan udang galah melibatkan keluasan satu hektar.

“Ia merupakan sebahagian daripada program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang akan menambahkan pendapatan kepada pesawah melalui hasil tuaian padi dan juga udang galah.

“Padi akan diusahakan selama tiga bulan atau kira-kira 100 hari manakala udang galah pula lima bulan dan selepas itu ia akan menghasilkan pendapatan tambahan kepada pesawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan tanaman padi menerusi kaedah SMART SBB di Felcra Seberang Perak, di sini, hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI