fbpx

Pasaran eksport minyak sawit terus berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin menunjukkan salah satu produk minyak sawit yang akan disumbang untuk program Gerobok Rezeki Parlimen Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sekatan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) ke atas minyak sawit Malaysia tidak menjejaskan pulangan lumayan terhadap pasaran bahan komoditi itu kepada negara.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komiditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, eksport minyak sawit negara terus berkembang pesat di Timur Tengah dan Afrika sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kerancakan pasaran sawit menyaksikan industri berkenaan menjadi penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Beberapa negara seperti Mesir dan Turki telah bersetuju mengimport minyak sawit keluaran negara ke negara masing-masing.

“Kita tidak anggap EU sebagai pasaran besar memandangkan mereka cuba halang industri perladangan sawit Malaysia untuk penggunaan biodiesel,” katanya di sini hari ini.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI