fbpx

Khairul Anuar tersingkir acara recurve individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL ANUAR tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas gagal menyaingi kehebatan lawannya dari Korea Selatan. - AFP

PEMANAH negara, Khairul Anuar Mohamad terpaksa melupakan saingan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tersingkir di pusingan 16 terbaik menerusi acara recurve individu lelaki sebentar tadi.

Meskipun sudah menampilkan aksi terbaik pada pertemuan itu, namun ia belum memadai untuk menyekat jaguh dari Korea Selatan, Kim Woo-jin apabila tewas dengan keputusan 0-6.

Woo Jin yang merupakan pemanah No.5 dunia menampilkan prestasi luar biasa apabila melakukan panahan sempurna 30 mata dalam setiap aksi tiga pusingan itu.

Biarpun gagal untuk melangkah ke pusingan suku akhir, namun Khairul Anuar sudah menampilkan aksi terbaik apabila konsisten melakukan panahan tidak kurang daripada sembilan mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI