fbpx

Individu terlibat, sokong perhimpunan akan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (dua dari kanan) menyerahkan cek kepada Ida Marsita di IPD Selama hari ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

LARUT – Polis akan menjalankan siasatan berhubung penglibatan kumpulan termasuk pemimpin politik dalam perhimpunan menyokong gerakan protes terhadap kerajaan.

Penglibatan kumpulan itu yang didalangi oleh individu yang sama dilihat sebagai penghasut bertujuan merosakkan imej negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya mengesan individu tertentu
dan akan mengambil tindakan susulan sewajarnya.

“Individu-individu yang sama dilihat melontarkan kemarahan apabila kerajaan membenarkan kilang beroperasi, namun mereka juga yang mengarahkan dan menghasut supaya semua orang turun untuk berkumpul.

“Jika diteliti, kita akan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah hendak memecah-belahkan keadaan serta menimbulkan kegusaran pada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini hari ini.

Terdahulu, Hamzah menyerahkan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada balu pegawai Jabatan Penjara Malaysia, Ida Marsita Harun, 45.

Suaminya, Allahyarham Sarjan Mohamad Nasrul Othman, 47, yang bertugas di Penjara Alor Setar meninggal dunia pada 28 September tahun lalu akibat Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI