fbpx

Bawa semangat sukan Olimpik ketika cucuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jururawat merakamkan gambar kenangan bersama Md. Rahim Maskop yang hadir di PPV UiTM Lendu, Melaka dengan berpakaian jalur gemilang.

ALOR GAJAH – Seorang pesara tentera membawa semangat kesukanan menyokong para atlet negara dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) apabila hadir berpakaian serta bertanjak jalur gemilang di PPV Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di sini, hari ini.

Kemunculan Md. Rahim Maskop, 52, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi menggamit perhatian orang ramai yang turut mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersamanya pada hari pengambilan vaksin.

Menurutnya, kedatangannya di PPV tersebut adalah bagi mengambil dos kedua dan mengambil peluang berkongsi semangat kesukanan dan patriotisme dengan orang ramai.

“Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, saya ingin menyemarakkan semangat kesukanan walaupun kini kita terpaksa berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.

“Saya menzahirkan semangat ini kepada semua atlet negara kita, khususnya kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang yang akan berentap pada 4 Ogos ini bagi acara pecut dan seterusnya keirin,” katanya ketika ditemui di PPV UiTM Lendu, di sini, hari ini.

Tambahnya, dia amat meminati sukan berbasikal, malah turut menjadi penggerak kumpulan basikal klasik di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, baju jalur gemilang itu dijahit sendiri oleh isterinya Zurinah Ketol, 54, yang mengambil masa selama seminggu. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI