fbpx
Gambar hiasan

Ajal terjun kereta selepas curi kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT- Seorang lelaki menemui ajal selepas tindakannya untuk meloloskan diri dengan keluar daripada sebuah kenderaan tidak berjaya dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Yong Peng – Paloh di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu pada mulanya ditangkap selepas mencuri buah sawit di sebuah ladang milik Sime Darby, di sini.

“Siasatan awal mendapati, suspek telah ditangkap oleh pengawal keselamatan Sime Darby kira-kira pukul 11 malam pada hari Rabu, di sebuah ladang sawit milik syarikat berkenaan.

“Ketika ditahan, suspek sedang menunggang motosikal dengan membawa dua guni berisi buah kelapa sawit,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail Dollah

 

Ismail berkata, suspek yang merupakan warga tempatan itu kemudian dibawa oleh pengawal keselamatan bersama dua rakan setugasnya dengan mengunakan kenderaan persendirian ke Balai Polis Yong Peng.

Bagaimanapun, semasa berada di Kilometer 4 Jalan Yong Peng – Paloh, di sini, suspek nekad terjun dari kenderaan untuk melarikan diri.

Menurutnya, polis yang menerima laporan kira-kira pukul 12 tengah malam bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tengah jalan raya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI