fbpx

8 kedai kosong hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran deretan kedai di Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau, Mersing, Johor hari ini.- Foto IHSAN BOMBA

Oleh MASTURAH SURADI

MERSING – Sebanyak lapan buah kedai kosong di Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran berlaku awal pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alias Hussin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.55 pagi sebelum menghantar 14 anggota dari BBP Endau dan Mersing ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan lapan unit lot kedai di stesen bas yang telah kosong dan ditinggalkan.

“Kebakaran telah mengakibatkan binaan struktur separuh kekal itu musnah 80 peratus dari keseluruhan.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis dan nombor pendaftaran yang tidak dikenal pasti telah musnah 90 peratus,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman melibatkan menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air pili berhampiran sehingga api padam sepenuhnya.

Tambahnya, kebakaran juga tidak melibatkan kemalangan jiwa dan operasi ditamatkan pada pukul 5 pagi.

“Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian,”katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI