fbpx
Gambar hiasan.

SOP masjid di Kuala Perlis diperketatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Perlis memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di enam buah masjid di Kuala Perlis berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19 di kawasan tersebut.

Masjid terlibat ialah Masjid Rahmaniah, Kuala Perlis; Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai; Masjid Terapung Al-Hussain; Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan; Masjid Al-Munir, Jalan Batu Lima dan Masjid Al-Mukminin, Kota Kayang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Baginda bertitah, pelaksanaan SOP ketat bagi masjid-masjid di Kuala Perlis itu berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh yang akan dimaklumkan, bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

“SOP diperketat meliputi tempoh masa bermula azan hingga selesai solat Jumaat adalah 20 minit sahaja manakala tempoh bermula iqamah dan waktu bersurai bagi solat fardu lima waktu adalah selama 15 minit.

“Aktiviti pengimarahan lain seperti kuliah agama, ceramah dan sebagainya tidak dibenarkan buat masa ini dan semua jemaah diminta untuk meminimumkan perhimpunan dengan segera beredar setelah selesai menunaikan solat,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929