fbpx

Mayat kembung, berulat dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Kampung Air Asahan, Tanah Merah hari ini. FOTO BAHRUDDIN HATTA

TANAH MERAH – Mayat seorang lelaki yang sudah kembung perutnya dan berulat ditemui di tepi jalan Tanah Merah – Jeli dekat Kampung Air Asahan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitenden Zainuddin Md. Yusoff berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam yang menjumpai mayat tersebut pada 11.45 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak memakai baju dan hanya memakai seluar pendek.

“Identiti mangsa sukar untuk dikenalpasti berikutan tiada seberang pengenalan diri bersama mayat yang sudah berbau itu.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zainuddin, polis masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan punca kematian dan identiti sebenar mangsa.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI