fbpx
Lelaki warga emas yang berjaya dirakam CCTV.

Lelaki misteri ceroboh rumah kurang waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Misteri seorang lelaki bertongkat yang menceroboh kediaman di sebuah taman perumahan di sini terjawab apabila suspek disahkan kurang waras.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Serbuan telah dilakukan ke atas rumah suspek yang didiami bersama isterinya di sebuah taman perumahan di sini tengah hari semalam.

“Ketika serbuan suspek dalam keadaan berbogel dan semakan mendapati dia kurang waras serta mengalami masalah buah pinggang,” katanya ketika ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Kosmo! Online hari ini melaporkan sebuah taman perumahan di sini gempar apabila kelibat seorang lelaki warga emas menceroboh beberapa kediaman seawal 5 pagi berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) salah sebuah rumah di situ.

Menurut satu hantaran Zulhafidz Yahaya di Facebook, dia menyedari kehadiran sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah berlegar-legar di kawasan kejiranannya.

Menurutnya, seorang lelaki tua bertongkat kemudiannya dilihat masuk kawasan rumah jiran yang terletak di hadapan kediamannya.

“Jiran depan rumah ini India dan mereka bela banyak anjing termasuk seekor anjing hitam yang besar untuk jaga rumah. Orang tua ini boleh buka sangkar dan main dengan anjing hitam besar itu.

“Anjing-anjing itu semua tak menyalak pun! Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak,” katanya menerusi hantaran tersebut hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929