fbpx
Penguatkuasa JAS memeriksa barang buangan terjadual hasil penahanan 19 kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, Johor semalam.

JAS tahan 19 kontena mengandungi barang buangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 19 kontena mengandungi barangan buangan terjadual dari luar negara ke Malaysia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, dekat sini.

Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, perbuatan itu dikesan semasa menjalankan pemeriksaan kontena dengan kerjasama pihak berkuasa PTP sejak 19 Julai lalu hingga semalam.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati setiap kontena itu menggunakan borang deklarasi palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Berdasarkan borang deklarasi, barang dagangan yang dibawa adalah sekerap logam namun hasil pemeriksaan dijalankan mendapati ia adalah barang yang diketegorikan sebagai buangan terjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Pemeriksaan ke atas kesemua kontena itu membawa buangan yang yang mengandungi bateri plumbum (SW 102), bateri lithium (SW 103), buangan elektrik dan elektronik (SW 110), dan kabel wayar berpenebat (SW 422).

“Kesemua kontena ini akan diarahkan untuk dihantar balik ke negara asal selaras dengan prosedur Konvensyen Basel,” katanya kepada pemberita hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929