fbpx

Berlatih di Melaka boleh dapat emas – Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Wei (kiri) dan Zii Jia.

PETALING JAYA – Legenda badminton Datuk Lee Chong Wei sempat berseloroh dengan jaguh perseorangan sukan tersebut, Lee Zii Jia dengan mencadangkan agar atlet tersebut mencari lokasi latihan baharu di Melaka.

Menurutnya di laman Facebook, ia ekoran ura-ura bahawa menjalani latihan di Melaka membolehkan seseorang memenangi pingat emas di temasya Olimpik.

“Maybe (mungkin) lepas ini cari tempat training (latihan) kat Melaka. Dengar kata training di situ boleh dapat emas Olimpik.

“Kepada Chen Long: Awak lagi! Jangan sampai kami jumpa awak di Malaysia bulan depan! Hahaha. Bergurau sahaja. Nikmatilah temasya tersebut dan semoga maju jaya!” katanya menerusi satu hantaran hari ini.

Menerusi hantaran sama, Chong Wei menasihati Zii Jia agar tidak berasa terlalu kecewa ke atas kekalahannya di tangan juara bertahan dari China itu semalam.

Katanya, Zii Jia telah mempamerkan permainan amat baik dan satu Malaysia tahu bahawa jaguh tersebut telah mencuba sedaya-upaya.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion (juara bertahan). Muka sahaja innocent tetapi mamat itu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Semalam game (permainan) I rasa dari segi power, speed (kelajuan) dan teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time Olimpik pertama pun tak kemas,” katanya.

Chong Wei berkata, yang penting, Zii Jia perlu mendongakkan dagu dan teruskan usaha kerana Olimpik berikutnya tiga tahun saja dari sekarang.

“Kejayaan anda bukanlah hilang tetapi hanya ditangguhkan. Saya bangga dengan awak. Rakyat Malaysia bangga dengan awak,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI