fbpx

9 tanah perkuburan jenazah Covid-19 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak sembilan tanah perkuburan Islam di Selangor dikhususkan untuk pengebumian jenazah Covid-19 di negeri ini.

Berdasarkan pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tular di media sosial memaparkan pengelasan tiga tanah perkuburan masing-masing bagi empat buah hospital iaitu Hospital Shah Alam (HSA), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Kesemua tanah perkuburan Islam itu melibatkan Seksyen 21 Shah Alam : USJ 22 ; Bukit Tandang, PJS 5 ; PJS 4 Taman Medan ; Seksyen 9, Kota Damansara ; Bandar Baru Sungai Buloh ; Pekan Sungai Buloh.

“Selain itu, adalah tanah perkuburan Islam Selat dan Johan Setia di Klang. Kesemua tanah perkuburan itu masing-masing di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Kariah,” katanya.

Sementara itu, sumber JAIS ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua tanah perkuburan Islam iaitu Seksyen 21 dan Selat Klang dikhususkan untuk pengurusan jenazah Covid-19 bagi mereka beragama Islam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik berkata, langkah itu adalah inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat agar masa yang diambil dalam menguruskan jenazah dapat disingkatkan sebaik mungkin bagi mengurangkan kesesakan dan limpahan jenazah. -K!ONLINE

Berikut merupakan pengelasan tanah perkuburan daripada empat hospital itu :

HSA
1. Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam
2. Tanah Perkuburan Islam USJ 22
3. Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 5

PPUM
1. Tanah Perkuburan Islam USJ 22
2. Tanah Perkuburan Islam PJS 4 Taman Medan
3. Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 5

HSB
1. Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara
2. Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh
3. Tanah Perkuburan Islam Pekan Sungai Buloh

HTAR
1. Tanah Perkuburan Islam Selat Klang
2. Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam
3. Tanah Perkuburan Islam Johan Setia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI